Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui jabatan pembangunan dan pengurusan peniaga kecil telah membuka lembaran baru untuk membantu peniaga kecil dan pada masa yang sama membantu persatuan-persatuan peniaga atau pertubuhan bukan kerajaaan seperti Pengasih Malaysia untuk mendapatkan sumber kewangan sebagai penganjur serta memberi manfaat kepada ahlinya.
KL Downtown Night Market memulakan operasinya pada hari jumaat 21 haribulan april tahun 2006. Pada masa itu, cuma terdapat 173 peniaga dan sambutan yang diterima dari para pengunjung tidak memberansangkan. Pihak pengurusan berusaha mengadakan pelbagai acara dan persembahan artis pada suku pertama tahun 2006 untuk menjadikan KL Downtown tumpuan warga kota.
Antara artis yang pernah membuat persembahan di Pentas Budaya KL Downown seperti kumpulan rock XPDC, Blues Gang, Joe Flizzo, Jamal Abdillah, Saleem, Cat Farish, Flowtron dan ramai lagi. KL Downtown juga mengadakan acara tahunan seperti KL Downtown Idol dan pertandingan futsal antara kakitangan, penjaja dan pengunjung.
KL Downtown telah rasmikan oleh Dato Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan pada 26 Jun 2006 yang disambut dengan meriah dan mendapat liputan yang meluas dari media.
Dari tempat yang sepi dan suram pada malam hari. Kini, di KL Downtown Night Market terdapat 500 peniaga dengan beraneka jenis barang jualan.
|