KL Downtown Night Market adalah bazaar perniagaan yang berkonsepkan pusat perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden dan inovatif. KL Downtown Night Market menawarkan ruang niaga pelbagai jenis produk perniagaan seperti barangan kraftangan, hak hasil cipta, pakaian lelaki / wanita, eksesori penampilan diri, hiasan rumah, barangan kanak-kanak,alat ganti kereta, barangan mainan dan sebagainya.
KL Downtown Night Market menawarkan pengunjung kelainan dan pertama seumpamanya kerana ketika membeli-belah, pengunjung akan dihiburkan dengan acara-acara yang diadakan seperti persembahan artis dan nyanyian karaoke oleh para pengunjung. Setiap hujung minggu, KL Downtown Night Market akan menganjurkan program ‘STREET@ KLDOWNTOWN‘ dimana pengunjung akan dihiburkan dengan tarian brakedance dan shuffle dance oleh remaja-remaja, persembahan silap mata, penyanyi jalanan atau ‘buskers‘, pameran anti dadah dan pelukis potret.
KL Downtown Night Market telah dirasmikan pada 26 Jun 2006 oleh menteri wilayah persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Salleh Yusup, Presiden Pengasih Malaysia Tuan Haji Yunus Pathi dan pengerusi pertama KLDowntown Night Market Allahyarham Tuan Haji Roshandin bin Ramjandin.
|
|
 |